Mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia menjadi cita-cita setiap wanita yang berkahwin.
Begitu juga dengan penyanyi, Datin Alyah apabila rumah tangga yang dibina bersama pengarah dan penggubah muzik ternama Datuk Ramli MS sejak tiga tahun lalu bertambah indah.
Lebih bermakna, ini adalah tahun ketiga mereka bersama sebagai suami isteri bagi menyambut Ramadan dan Syawal.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, sepanjang tempoh itu dia melalui banyak pengalaman yang mematangkan dirinya.
“Memasuki tahun ketiga perkahwinan saya menjadi semakin biasa. Berbanding pada awal perkahwinan dahulu banyak perkara yang membuatkan saya kekok. Sama juga seperti menyambut Ramadan tahun ini, segalanya dilalui dengan baik.

0 comments:
Post a Comment