Kenali HellaFlush, trend hipster modifikasi kereta

http://yaabenargituu.blogspot.my/

Modifikasi kereta sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan trend. Jika sebelum ini “kaki modifikasi” begitu gilakan kereta yang mempunyai sistem audio dengan beberapa pembesar suara sebesar tongkang disumbatkan dalam kereta, kit badan lebar, spoiler belakang besar dan tinggi hingga boleh dibuat tempat menyidai toto selain ekzos besar dan senget.
Kini tiba giliran trend semasa yang digelar HellaFlush atau Stance menjadi ikutan “kaki modifikasi”. Jika dilihat, kereta yang telah bertukar kepada HellaFlush seolah-olah merayap di atas jalan raya dengan badan kereta bergesel dengan tayar. Ada juga yang membuatnya menjadi begitu ekstrem sehinggakan tayar kereta menjadi terkangkang.
http://yaabenargituu.blogspot.my/

Istilah HellaFlush dikatakan telah dicipta oleh Fatlace yang pada asalnya sebuah bengkel modifikasi kereta di Amerika Syarikat dan kini telah menjadi satu jenama yang cukup terkenal. Perkataan “Hella” bermaksud “banyak” manakala “Flush” pula merujuk kepada sama atau rata dalam konteks pemasangan tayar dengan chasis dan fender.
Semakin rapat tayar dengan badan kereta maka semakin HellaFlush lah ia. Ini boleh dilakukan dengan penggunaan tayar yang lebar dan melaraskan sudut camber negatif dengan meregangkan tayar sehingga mengubah sudut sisi tayar. Suspensi juga perlu dilaraskan kepada negatif supaya tayar tidak tersagat pada badan kereta.
yaabenargituu.blogspot.my

HellaFlush juga turut dikenali dengan Stance dikalangan pengikutnya. Nama Stance sebenarnya adalah sebuah syarikat pembekal komponen kereta yang terkenal dengan gegelung spring siri GR yang menjadi pilihan utama pengikut tegar HellaFlush.
Gaya ini telah berjaya berkembang dengan begitu pantas. Ia sebenarnya berasal daripada kereta drift yang rendah dan mempunyai tayar lebar yang terkeluar . Selain itu gaya ini amat popular dengan modifikasi kereta gaya VIP. Di Malaysia trend ini turut menjadi ikutan dengan modifikasi turut dilakukan kepada kereta keluaran tempatan sepert Proton dan Perodua. Walaupun ia agak pelik pada pandangan mata kita tetapi kepada si pemilik ia pastinya menjadi kepuasan yang tidak ternilai!
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment