Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya tidak dipengaruhi tekanan sehingga boleh menjejaskan misi mereka meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan Papua New Guinea (PNG) dalam aksi persahabatan antarabangsa Jelajah Oceania 2016 di Port Moresby hari ini.
Dua kemenangan menerusi keputusan 3-0 berturut-turut ke atas Timor Leste dalam aksi play-off kelayakan Piala Asia 2019 menghadirkan kembali keyakinan buat Harimau Malaysia selepas beberapa keputusan mengecewakan termasuk seri tanpa jaringan dengan Macau dan Myanmar dalam aksi persahabatan tahun ini.
Namun mereka dijangka berdepan aksi lebih sukar biarpun PNG menduduki ranking lebih rendah (193) berbanding Malaysia (173).
Ini berdasarkan prestasi semasa PNG yang memberikan tentangan sengit kepada New Zealand sebelum tewas menerusi sepakan penalti 2-4 pada final Kejohanan Negara-Negara Oceania 11 Jun lalu.
“Saya sendiri melihat video perlawanan akhir PNG dengan New Zealand dan ternyata mereka bukan pasukan yang dulu. Mereka memberi tentangan sengit dan mencipta banyak peluang malah corak permainan juga sudah berbeza.HM

0 comments:
Post a Comment